Permohonan Fatwa Sabsidi dan Cukai

 

Permohonan Fatwa Sabsidi dan Cukai

Sabsidi/Subsidi

Berdasarkan maklumat pakar ekonomi dan amalan negara maju seperti UK dan EU, sabsidi penggunaan bahan bahan amat merugikan rakyat tempatan sebab membantu orang luar lebih dari orang tempatan, iaitu warganegaranya, memberi bantuan yang lebih kepada orang kaya, menggalakkan pembaziran dan tidak menggalakkan tabiat pembuatan bahan. Dengan fakta ini, negara maju kesemuanya telah pun mengharamkan sabsidi bahan.

Persoalannya, di dalam Islam, ada kah Islam membenarkan sabsidi sebab tidak ada disebut di dalam quran fasal sabsidi, Cuma pemberian terus.

Surah attaubah 9:60, menggunakan perkataan dalam arab sedekah. Sedekah ini untuk beberapa kategori.Termasuk Fisabilillah.

surah yasin 36:47 , menggunakan perkataan infaq, bukan sedekah, tapi tidak disebut untuk siapa. Bererti untuk semua orang. Setengah ayat pula, bukan dari Allah, tapi dari orang kafir yang mempersoalkan pemberian wang itu kepada orang miskin. Nampak macam Allah arahkan pemberian kepada orang miskin sahaja, tapi lebih tepat kepada semua orang dengan adil. Cuma orang kafir persoalkan pemberian kepada orang miskin. Ini nampak soalan remeh tapi ini lah alasan penyokong subsidi yang bantah pemberian terus kepada orang miskin atau yang memerlukan bantuan, konon yang miskin sudah di takdirkan miskin. Memberikan mereka wang terus akan menjadi orang miskin malas.

Persoalannya, apa itu sabsidi/subsidi? Bukan kan semua pemberian wang adalah bentuk bentuk sabsidi?

Tidak. Sabsidi adalah pembayaran sebahagian dari kos pembelian barang khas. Kalau pemberian adalah untuk pelbagai jenis barangan, seperti kupon makanan di USA, tidak sepatutnya dipanggil sabsidi. Kupon yang boleh digunakan untuk membeli pelbagai jenis makanan adalah sejenis wang juga.

Kalau sabsidi mencapai 100%, tidak lagi sabsidi, jadi hadiah sudah.

Jadi ada keperluan untuk membuat fatwa tentang sabsidi dan jenis jenis sabsidi supaya kita dan kerajaan kita, tidak melanggar hukum Islam, terutama yang jelas tertulis dalam quran.

Mungkin ada jenis sabsidi yang dibenarkan sebab tidak memudaratkan warganegara. Sabsidi pendidikan dan perubatan yang memang diamalkan oleh beberapa negara maju. Bantuan kewangan ini boleh disifatkan sebagai sabsidi sebab rakyat tidak membayar semua kos pendidikan atau perubatan.

Namun, pendidikan dan perubatan tidak akan terjadi pembaziran seperti sabsidi pembelian barang. Tidak akan memudaratkan manusia yang menerima lebih pendidikan atau perubatan, walaupun tidak adil sebab orang kaya yang dapat lebih pendidikan dan perubatan sebab mampu.

Untuk mengelakkan ketidak adilan, lebih baik di beri percuma terus, dari memberi sabsidi. Pemberian pendidikan dan perubatan nampak kepincangannya, tapi kita mesti patuh kepada seruan agama Islam untuk berlaku adil.

Namun, sabsidi tetap sabsidi. Tidak disebut pun kebenaran memberi sabsidi dalam quran. Cuma pemberian wang terus. Pindah wang kerajaan dari menggaji guru guru, doktor doktor kepada pemberian biasiswa dan bantuan kewangan perubatan atau takaful perubatan atau pendidikan.

Demikian juga dengan belanja sekolah dan hospital. Duit kerajaan yang di belanjakan untuk sekolah dan hospital di pindahkan kepada rakyat terus, supaya rakyat mampu memilih yang mana mereka mahu atau sanggup bayar.

Pemberian wang terus kepada rakyat ini adalah lebih adil, sebab rakyat miskin dapat bantuan kerajaan sekurang kurang nya sama dengan yang kaya, bukan kurang seperti yang terjadi kalau sabsidi yang di beri.

Juga tidak membazir sebab rakyat tidak akan berbelanja lebih untuk pelajaran dan perubatan kecuali betul betul perlu.

Dan menggalakkan rakyat belajar sendiri dan menjaga kesihatan mereka supaya dapat manfaat yang maksima dari pemberian wang kerajaan yang datang dari rakyat juga melalui cukai.

 Subsidy shares - producer and consumer

Kalau duit di beri terus kepada pembeli, tidak ada bahagian yang perlu dibazirkan kepada pembekal. Kalau harga sebenar petrol ialah RM4 untuk satu litre, kalau kita beri duit terus kepada penngguna dengan kadar RM2 untuk setiap litre penggunaan, harga petrol untuk pengguna cuma RM2. Kalau sabsidi, duit itu akan diberi kepada pembekal, iaitu stesen petrol, jadi pembayar cukai perlu membayar RM4, atau dua kali ganda unntuk mendapatkan kekurangan harga cuma RM2. Ini adalah bodoh akan tetapi disokong penuh oleh pengundi dan orang Islam. http://www.sanandres.esc.edu.ar/secondary/economics%20packs/microeconomics/page_22.htm

Cukai

(Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

(Surah al-Baqarah: 188))

Ramai ulama menggunakan ayat ini dan serupa untuk mengharamkan cukai.

Mengambil harta orang, mencuri. Mencukai memindah harta kepada orang lain. Bukan mencuri. Kalau pemindahan harta di buat secara zalim dan tidak adil, macam subsidi baru lah haram.

Mufti WP ini pada tahun 2015 mencadangkan pengurangan cukai GST dari Zakat, bererti dia pun tahu Zakat ada lah sejenis cukai.

Zakat fitrah jelas adalah poll tax atau head tax. Berbeza cuma dari nama sahaja.

Kerajaan Saudi dan Brunei mengharamkan semua jenis cukai kecuali zakat. Tapi tengok apa itu zakat dalam quran.

Surah Yasin 36:47, menggunakan infaq tapi tidak sebut peratusan, ertinya boleh sebanyak yang perlu.

Surah Attaubat 9:60, sedekah untuk macam macam guna, juga tiada peratusan, tapi termasuk fisabilillah.

Kalau kau sedekah kah, infaq kah, kau pindah harta kau, jadi cukai lah sudah. Persoalan nya, adakah ini sukarela? Tidak, sehingga quran jadikan mereka kafir kalau gagal bayar cukai ini.

Yang penting, apa kesan cukai atau subsidi. Kesan nya sudah jelas. Sunsidi membazir, cukai kurangkan pembaziran lah, sebab pelanggan cuma beli kalau betul betul perlu sahaja. Cukai ini pula di pindah kepada yang miskin supaya beban hidup rendah atau apa apa tujuan lain.

Subsidi pula memindahkan cukai kepada yang kaya dan oleh sebab itu terjadi pembaziran dan ketidak adilan, selain menghapuskan dorongan untuk membuat sendiri.


https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/2612-bayan-linnas-siri-ke-16-isu-gst-satu-penilaian

Sabsidi Turunkan Gaji

Kos hidup rendah

Satu lagi kesan negatif sabsidi ialah penurunan gaji. Oleh sebab kos hidup rendah di sebabkan sabsidi, pekerja sanggup kerja walaupun gaji rendah. Permintaan pekerja untuk kenaikan gaji tidak di layan oleh majikan dan kesan nya amat nyata di Malaysia di bandingkan dengan negara maju seperti Singapura.

Brain drain

Gaji yang tinggi di negara yang tidak mengamal sabsidi mendorong pekerja mahir dan prodaktif untuk berhijrah ke negara maju ini, menyebabkan negara pengamal sabsidi kehilangan pekerja mahir dan prodaktif ini.

Alasan tambahan ialah konon lebih banyak rasuah. Memanglah, di negeri yang kemiskinan tidak di hapuskan seperti di Malaysia sebab duit sabsidi di beri kepada orang kaya bukan yang tiada kerja atau pendapatan, masaalah sosial akan bertambah termasuk lah rasuah.

Tambahan sebab lagi ialah kekurangan peralatan terkini dan canggih di negara yang mengamal sabsidi, sebab pembelinya tidak bergaji tinggi dalam matawang dunia. Rumah dan kereta besar sebab sabsidi bahan dan upah termasuk sabsidi tidak terus(indirect), di negara pengamal sabsidi macam Malaysia, tapi oleh sebab pembeli barang terbaru dan canggih yang lebih mahal mendapati amat sukar untuk membeli atau mencari bahan canggih ini. Iaitu, mutu hidup di Malaysia, atau mana mana negara sabsidi tidak dapat tandingi negara maju yang tiada sabsidi, seperti Singapura.

Pengurangan GDP, Hasilkerja Negara

Pengurangan gaji, pengurangan nilai ekspot sebab di sabsidi, menyebabkan nilai hasil negara jatuh. Kenyataannya, semua negara yang mengamal sabsidi, di anggap sebagai negara miskin dari segi kekurangan hasil negara, pada hal taraf hidup tidak jauh berbeza, Cuma mutu taraf saja berbeza sebab kepayahan mencari barang canggih dan terbaru.

Alasan Pengurangan GDP

Alasan kurangnya GDP Malaysia kononnya pekerja tidak prodaktif tidak masuk akal sebab pekerja yang sama, apabila pindak kenegara maju seperti Singapura, dengan serta mesta menghasilkan GDP lebih 3 kali ganda dari sewaktu pekerja itu di Malaysia. Peningkatan GDP ini disebabkan gaji yang jauh lebih tinggi di negara maju seperti Singapura. Mungkin ada alasan lain tetapi mustahil disebabkan pekerja. Yang lebih masuk akal ialah pemberian sabsidi di Malaysia.

Pengurangan Kekuatan Tentera dan Politik

Dengan pengurangan hasil negara, senjata tidak dapat di buat atau beli dengan banyak dan berkesan. Ini melemahkan kekuatan tentera negara pengamal sabsidi macam Malaysia berbanding negara yang lebih kecil tapi tiada sabsidi macam Singapura.

Kekurangan kewangan dimata dunia juga mengurangkan upaya negara yang mengamal sabsidi untuk memberi bantuan kewangan dan ketenteraan kepada negara lain. Sebab itulah adil perbandingan status negara dengan pengeluaran hasil negara(GDP).

Fatwa untuk Sabsidi dan Cukai

Sabsidi perlu di kaji dengan cukai sebab cukai bertindak terbalik dari sabsidi. Cukai adalah sabsidi yang negatif.

Sabsidi tidak adil kepada yang miskin, membazir dan menghancur pembuatan. Jadi cukai pula tidak adil kepada yang kaya, berjimat dan menggalakkan pembuatan. Jadi, cukai ini amat baik untuk masyarakat umum sebab orang miskin yang paling ramai.

Namun, dalam Islam, kita sepatutnya adil kepada semua insan, kaya atau miskin. Betapa baik nya cukai untuk masyarakat, mesti ada batasnya.

Apa batas cukai? Cukai pembelian yang melebihi 100% memang biasa. Cukai barang mewah termasuk kereta sampai 200% di Malaysia. Cukai barang bahaya seperti rokok sampai 400%, tetapi lebih baik dari menguaramkan terus rokok.

Malah sepatutnya makanan bahaya seperti gula dan minyak makan pun dicukai 400%, tapi di Malaysia di beri sabsidi lagi. Apa tidak, bertambah lah pesakit kencing manis dan jantung.

Oleh sebab itulah, kerajaan dan ahli ahli politik memerlukan bimbingan ajaran quran melalui fatwah, bukan saja untuk kepentingan Malaysia, malah seluruh dunia. Mulakan dari Sabah, tapi usaha ini perlu untuk seluruh dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Ir. Hj. Othman Hj. Ahmad Resume

Penyelesaian Masalah Letrik dan Air di Sabah