Menikmati Sabsidi Tidak Berdosa Tapi Kita Binasa Sebab Ulama Anjing Berliur
Ini lah yang di anggap salah tafsir terus. Atau yang di sebut dalat Surah Al Araf ini.
Kehancuran kaum tidak sebut pun di akhirat sahaja. Bererti dunia dan akhirat. Ustaz ini pula sebut kehancuran di akhirat saja.
Nasib baik pula dia sebut ayat ini ada lah umum sebab tidak di sebut kaum yang terlibat, walaupun sebelum nya bercerita tentang kaum Yahudi.
Mendustakan Quran bukan melanggar ajaran Quran seperti yang di beri contoh oleh Ustaz ini. Dia kata menipu timbangan. Ini dosa tapi bukan mendustakan ajaran Quran lah. Ajaran Quran sudah kata menipu timbangan adalah salah. Tapi, kalau orang ini kata, menipu timbangan ini halal, atas pelbagai alasan, seperti di halalkan menipu orang bukan Islam, dan sebut pula itu adalah ajaran Quran, barulah di panggil mendustakan Quran.
Contoh ini pernah aku jumpa di kumpulan Alumni saya di Swansea dan saya tegah sehabis habis nya sehingga di halau dari Grup itu. Ini ada lah konon Ayat Quran membenarkan kita bersifat biadap kepada orang Kafir tapi tidak di benarkan sama sekali kepada orang Islam, walaupun orang Islam itu pencuri, pembunuh dan perasuah macam Najib. Pelik nya Quran sendiri menumpah sarapah orang macam begini dengan gelaran anjing lah, binatang ternakan lah, mengkafir lah lagi banyak.
Jelas juga bahaya ayat ini di tujukan kepada Ulama ulama yang menyebarkan ajaran palsu yang bertentangan dengan ajaran Quran. Lihat pula ayat seterusnya, 178 dan 179. Yang
jelas di tujukan kepada Ulama, bukan orang biasa. Mereka ini ada mata dan boleh membaca semua bukti, otak boleh berfikir, telinga boleh mendengar tapi tidak peduli pun.
Orang biasa mana ada fikiran iaitu otak untuk mengetahui ajaran Quran. Apa lagi nampak bukti atau mendengar hujjah hujjah orang lain.
Samalah dengan pensyarah ini. Tiada sebut kebinasaan dan kezaliman di akhirat sahaja, dia beri tahu surah ini cerita fasal azab neraka sahaja. Tiada sebut oleh Quran, ertinya tiada lah, bererti umum.
Tiada sebut Sabsidi bererti Sabsidi di haramkan lah, yang disebut cuma beri duit terus, bukan setakat Sabsidi sahaja. Sabsidi bukan bagi duit kepada orang Miskin tau. Sabsidii bagi duit kepada penjual untuk kurangkan harga sahaja. Orang miskin tiada duit pun untuk beli barang sabsidi.
Bukan ini jelas melanggar ajaran Quran kah? Membenarkan dan menyokong Sabsidi di umpamakan Anjing, bukan setakat Anjing sahaja, tapi Anjing berliur lagi.
Aku yang menikmati Sabsidi, lebih dari orang Miskin lagi, ada kah aku Anjing berliur? Sebab itu kita perlu baca Quran. Anjing berliur ini ada lah orang yang memutar belitkan ajaran Quran. Membenarkan Sabsidi. Yang aku menikmati Sabsidi ini, mungkin berdosa sahaja sebab membazir petrol yang murah. Namun aku tidak berani kata Sabsidi ini ajaran Quran.
Lagipun duit Sabsidi ini duit rakyat juga. Tidak ambil rugi. Sebab itu aku tidak larang orang kaya dan mampu menikmati sabsidi sehingga menyalah gunakan sabsidi dengan membeli stok yang banyak, sehingga cukup bertahun tahun.
Yang dikutuk Anjing berliur ialah Ulama dan penyokong Sabsidi. Ulama sebab membenarkan Sabsidi. Penyokong Sabsidi ini ialah orang yang meminta Sabsidi, tapi tidak pula minta wang terus.
Sesiapa yang menikmati Sabsidi tidak berdosa tapi negara kita sedang hancur tidak lama lagi. Kita sama sama menanggung dosa Ulama dan Penyokong Sabsidi, dan kehancuran bersama.
https://youtu.be/6W7C2KoT46Q
Comments
Post a Comment