Penerangan Kenapa Sabsidi Menghapuskan Kekayaan (GDP)
(Subsidi ini bantuan masa panjang orang suka tapi kalau di ganti dengan duit akan dibayar sekali saja. Dan duit itu akan dibelanjakan ke atas jualan yang tak bersubsidi lagi ia itu mahal sudah harga. Harga mahal itu nanti akan dirasai bila duit itu habis dibelanjakan. Perbelanjaan guna duit sendiri lagi terasa dimasa tak ada duit subsidi.
Tetapi perbelajaan tetap juga diteruskan dan GDP ada sentiasa dari belanja subsidi duit dengan duit poket sendiri dan bertambah kekayaan GDP tapi orang bagaimana jadi kaya atau miskin? Atau elakkan kesusahan guna kekayaan GDP bagi lagi terus duit?
Bagaimana hujung nya ni?)
Menjawab soalan di atas:
macam gaji, tiada organisasi mampu bagi duit terus. Beri setiap bulan atau lebih baik setiap minggu macam di UK. Perbelanjaan membeli barang sabsidi sudah kurang GDP sebab di tolak jumlah sabsidi. Contoh nya petrol. Harga petrol sebenar rm8 selitre. Kalau ada sabsidi rm6 seperti di Malaysia, kita perlu belanja rm2, tapi kalau tiada duit langsung, tidak boleh lah beli, jadi rugi rm6 duit sabsidi.
GDP 6 sebagai sabsidi tidak di kira GDP. Negara belanja rm8, tapi GDP tinggal rm2, ertinya negara kehilangan GDP, RM6, iaitu negara kehilangan kekayaan rm6 dan lagi teruk nya.
Ramai tidak menikmati sabsidi rm6 itu sebab tidak mampu bayar rm2.
Kalau kerajaan bagi rm6 terus kepada rakyat, bukan bagi kepada penjual supaya harga turun jadi rm2, harga petrol rm8 lah. Tapi dengan pemberian rm6, boleh lah semua rakyat beli 3/4 litre, walaupun yang langsung tiada duit sebelum nya.
Perbelanjaan rm6, untuk membeli petrol 3/4 litre ini dengan harga pasaran iaitu rm6, menjanakan GDP RM6, ertinya menambah kekayaan negara rm6. RM4 lebih dari sabsidi, dan lagi bagus, semua rakyat mampu beli petrol walaupun sedikit.
Yang penting berjimat. Kalau rakyat jalan kaki saja, dia untung rm6 yang di beri oleh kerajaan. Yang jimat akan untung, yang boros akan rugi lah sebab harga petrol rm8.
Sabsidi memberi wang lebih kepada orang kaya. Sedikit saja rakyat miskin yang ampit. Mengikut maklumat Menteri Kewangan, Zafrul, 50% wang sabsidi di beri kepada golongan t20, gaji lebih rm10,000.
Jadi, golongan gaji bawah rm10,000 ini cuma dapat rm6, belanja rm2 yang boleh menghasilkan GDP, iaitu kekayaan negara.
T20, dapat rm6 juga, dan belanja rm2 tapi langsung tidak menghasilkan GDP. Kenapa? Sebab gaji mereka cukup tinggi sehingga mampu menyimpan duit. Jadi, kalau kerajaan tambah duit gaji mereka, melalui sabsidi kah atau pengurangan cukai seperti UK dan Malaysia akan datang kalau BN menang lah, mereka di anggap sebagai tidak belanja.
Ertinya, kerajaan belanja rm12, tapi menghasilkan GDP RM2 sahaja. RM10 wang lesap oleh sabsidi.
Tapi, kalau duit yang sama di beri terus kepada orang miskin dan tertekan sampai tidak mampu simpan duit, rm12 semua di belanjakan dan menjanakan GDP.
Barang naik lah jadi rm8 tapi mereka di beri rm6 untuk kurangkan beban hidup. Tapi ramai boleh dapat seperti yang sabsidi untuk yang ada gaji sampai rm2 lah, tapi yang betul betul miskin, dapat duit tambahan rm6 sudah boleh kurangkan beban. Kalau berjimat, lagi untung.
Jalan kaki akau naik bas. Pakai kereta kecil. Kalau mau juga kereta besar seperti biasa, terpaksa bayar bayar rm2 seperti dulu yang guna sabsidi juga kan.
Memang ada yang perlu belanja lebih dari rm2, tapi mereka ini lah yang boros, seperti anjing berliur yang di sebut oleh quran. Kerajaan tidak boleh sokong mereka ini sebab merosakkan negara, bukan setakat tidak adil kepada golongan miskin.
Comments
Post a Comment