Sabsidi Menurunkan Nilai Ringgit Bererti Inflasi
The Star Online: Bank Negara international reserves fall to US$104.5bil as at Oct 14.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2022/10/21/bank-negara-international-reserves-fall-to-us1045bil-as-at-oct-14
(KUALA LUMPUR: Bank Negara’s international reserves dipped to US$104.5bil as at Oct 14, from US$106.1bil on Sept 30, 2022.
“The reserves position is sufficient to finance 5.5 months of imports of goods and services, and is 1.1 times of the total short-term external debt,” the central bank said in a statement.)
Ini lah punca nilai Ringgit jatuh. Duit US dollar tidak cukup.
Punca utama, nilai eksport jatuh sebab ringgit turun nilai dan impot naik sebab sabsidi.
Sabsidi meningkatkan impot sebab barang berharga murah. Orang Malaysia pun boros membeli barang lah. Ingat, sabsidi terbanyak, iaitu petrol, mengurangkan harga semua barang dan perkhidmatan tau.
Kalau sabsidi hapus, harga barang naik. Orang pun kurang membeli. Tapi ini menggalakkan semua orang berjimat dan membuat barang dan perkhidmatan sendiri.
Oleh sebab duit sabsidi di beri kepada beberapa kilang pembuat saja, orang biasa akan rugi jika membuat sendiri, contoh nya pelihara ayam.
Namun walaupun duit sabsidi tidak lagi diberi kepada kilang, perlu di beri pula kepada rakyat terus. Tiada penjimatan kepada kerajaan lah, jadi sama lah konon juga. Harga barang lagi naik. Tapi pendapatan rakyat naik. Pendapatan negara, iaitu GDP naik sebab barang di jual dengan harga tinggi.
Kalau ekspot kita naik harga kurang laku lah? Tengok keadaan saingan. Kalau harga eksport naik di sebabkan kenaikan harga petrol, semua kilang di dunia pun akan mengalami kos tinggi juga, kecuali negara pembuat beri sabsidi tenaga. Negara itu rugi lah tapi pengimpot untung.
Macam Malaysia dengan Singapura lah. Sabsidi ayam dan tenaga di Malaysia menjadikan harga ayam lebih murah jadi untunglah Singapura mengimpot ayam dari Malaysia sampai tidak perlu pelihara ayam sendiri.
Rugi kah Singapura kalau tidak memelihara ayam? Tidak. Singapura menjual ayam mereka kepada pelancung yang membayar dengan harga tinggi di Singapura sebab gaji di Singapura tinggi. Kenapa pelancung tetap datang ka Singapura? Sebab mutu perkhidmatan lebih tinggi. Bersih dan luas sebab tidak perlu pelihara ayam. Gaji tinggi, cukai pun tinggi, boleh buat pengangkutan canggih, selesa dan selamat. Ingat, keretapi di impot dengan harga US tau.
Bererti rakyat Malaysia telah menghantar duit kepada negara
luar oleh sebab sabsidi. Kalau duit sabsidi di beri terus kepada rakyat, tidak lah rugi. Jadi jauh beza di antara sabsidi dengan pemberian terus.
Konon penghapusan sabsidi meningkatkan inflasi dan menyusahkan rakyat. Bohong lah sebab duit sabsidi boleh di beri kepada rakyat terus, tidak kepada kroni kroni kerajaan.
Konon inflasi naik sebab tiada sabsidi tapi kenyataan nya terbalik. Inflasi nampak rendah untuk sementara waktu sahaja. Inflasi di Singapura jauh lebih rendah dari Malaysia yang membazir duit dengan sabsidi.
Kenapa sabsidi tidak mengurangkan inflasi akhirnya. Mula mula saja harga barang nampak turun tapi lama lama naik balik. Sabsidi menghancurkan GDP jadi nilai ringgit jatuh. Nilai duit jatuh, naik lah inflasi kan.
Sekarang nilai ringgit jatuh berbanding dengan US dan Singapura. Konon negara lain pun begitu. Ia lah. Mereka pun mengalami inflasi macam Malaysia juga lah. Kenapa perlu banding dengan negara yang mengalami masaalah ekonomi sebab perang di Ukraine, seperti Eropah dan UK.
Comments
Post a Comment