Haram Minta Harga Turun, Wajib Minta Naik Gaji

Harga barang di tentukan oleh Allah. Sesiapa meminta harga barang turun melanggar ke mahuan Allah.

Kenapa?
1. Nilai harga bergantung kepada mutu barang. Emas lebih bernilai dari besi sebab emas tidak karat. Kedua dua adalah ciptaan Allah. Allah yang tentukan yang emas tidak berkarat, bukan manusia.

2. Nilai harga juga bergantung kepada jumlah barang yang di berikan oleh Allah. Emas sedikit, itulah nilainya tinggi, bukan saja sebab emas penting dan baik untuk buat barang.

Kalau emas boleh di dapati dengan banyak, harga emas boleh jadi kosong. Percuma. Macam angin lah. Tanpa angin kita mati dalam 5 minit. Tapi angin berada di merata sebab itu udara nilainya kosong.

Kenapa haram melanggar kehendak Allah? Sebab bahaya untuk manusia. Contohnya harga petrol. Harga petrol naik sebab kurang bekalan. Perang di Ukraine. Menurunkan harga petrol menggalakkan pembaziran. Orang guna petrol walaupun tidak perlu sebab boleh jalan kaki atau naik basikal. Akhirnya ekonomi negara hancur.

Minta Naik Gaji pun haram juga lah?
Tidak sebab manusia yang tentukan gaji. Kalau gaji rendah, tidak payah lah kerja makan gaji, baik kerja sendiri. Gaji adalah pilihan manusia yang boleh di tolak. Membeli barang pula susah di tolak sebab tiada pilihan. Emas tetap emas juga. Lain dari emas, bukan emas lagi kan.

Sebab itu di negara maju, tiada sabsidi jadi barang mahal, tapi gaji tinggi lah. Kalau gaji rendah, tidak boleh hidup. Sebab gaji di Singapura nampak tinggi tapi harga barang tinggi juga. Jadi sama juga lah. Tidak.

Cuba orang Singapura melawat ka Malaysia? Orang biasa pun gajinya macam orang kaya di Malaysia kan. Untunglah orang Singapura dan rugi orang Malaysia.

Mahu Barang Murah Gaji Tinggi. Mustahil

Mustahil dan sama seperti mau minta besi jadi emas. Melanggar hukum Allah. Kenapa?

Kalau gaji kita tinggi, gaji orang lain pun tinggi kan. Mana boleh gaji kau saja tinggi, orang lain rendah pula. Jadi gaji pekerja di restoran terpaksa tinggi sebab itu harga makanan tinggi lah.

Kalau makan di rumah, murah lah sebab tidak perlu gaji orang. Harga barang biasa yang tiada sabsidi, atau kawalan harga, tetap sama di seluruh dunia, jadi sangat untung lah orang Singapura dan negara maju yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Ir. Hj. Othman Hj. Ahmad Resume

Penyelesaian Masalah Letrik dan Air di Sabah