Pembaikan Kempen Pilihanraya
aku tersilap juga kempen kali ini sebab semua baru bagi ku. Aku juga terlalu fikirkan keperluan makan angin di kampung kampung.
Belanja sedikit lebih boleh memberi kesan besar.
Susah mahu jumpa pengundi di rumah. lebih baik di pasar pasar dan kedai kopi dan stesen bas. Jadi, kita kempen di sini saja. Tidak perlu lagi kerumah rumah.
Tapi susah juga mahu menang. Mesti memakan masa yang lama. Social network pun memerlukan 2 minggu untuk berkesan, tapi aku sudah kenal orang yang boleh buat content alternatif. Saya boleh rekomen dan dia setuju. Bukan kerja nya full time tapi dia buat emarketing jadi tahu lah sikit.
Manifesto pula perlu efektif tapi saya tidak minat untuk menang pilihanraya menyuarakan mesej populist seperti menurunkan harga barang sebab menurunkan harga barang haram, tapi memohon gaji tinggi wajib.
Pengundi selalu di tipu oleh calon yang menjanjikan bulan dan bintang tetapi sebenarnya mengaut rasuah. Pengundi perlu di ajar macam murid murid sekolah. Ini memakan masa berbulan.
PKR memakan masa berpuluh tahun untuk menumbangkan BN. Itupun terpaksa akur kepada manifesto bodoh seperti menghapuskan gst yang melumpuhkan kerajaan PH.
Tetapi, untuk menumbangkan pemimpin rasuah seperti Musa Aman, taktik nya mungkin berlainan.
Dia sudah pelihara pengundi nya dengan memberi gaji dari hasil wang yang dicuri dari tempat lain. Mereka ini tidak pedulikan bukti rasuah di tempat lain kecuali di tempat mereka sendiri. Susah untuk mengalahkan nya kecuali dengan mengalahkan parti nya di seluruh Sabah seperti yang telah terjadi di pru14.
Tapi Musa Aman kalah sudah tapi dia merasuah pekerja SPR yang membenarkan pengiraan undi sampai dia menang, setiap kali merosakkan undi lawan sampai dia menang.
Comments
Post a Comment