PENERANGAN MANIFESTO PILIHANRAYA 2022
Ir.
Hj. Othman Hj. Ahmad, PEng ASDK
PENERANGAN MANIFESTO
Saya, dengan jujur dan ikhlas, berdoa kepada Allah supaya saya tidak di lantik menjadi seorang Wakil Rakyat. Saya akan menangis dengan teresak esak nya sewaktu membuat doa ini. Saya akan rakam dalam video untuk kempen ini.
Namun, saya perlu berdoa supaya wang deposit saya RM10,000 tidak hilang jadi saya mengharap 1/8 pengundi masih mahu mengundi saya. Ini sebab kawan kawan dan keluarga merasa bahawa wang RM10,000 adalah di sia sia kan dan lebih baik diberi kepada orang miskin seperti mereka lah.
Pada diri saya, membazir wang seperti begini adalah biasa sebagai seorang akademik pun. Semua pensyarah di perlukan menggunakan wang sendiri untuk meningkatkan nama dengan menghadhiri persidangan, mencetak jurnal dan buku tapi ongkos tidak ditanggung oleh majikan kesemuanya.
Beribu juga kita perlu belanja dari duit sendiri untuk meningkatkan nama kita sebagai seorang akademik. Kalau bernasib baik, kita akan di naikkan pangkat kepada Professor yang bergaji berpuluh ribu, cukup untuk membayar balik wang yang kita telah belanja. Kalau tidak berjaya sepenuhmya macam saya, dapat juga pangkat Professor Madya. Saya berterus terang dengan pegawai pegawai SPR dan mereka pun faham juga sebab ada kenalan professor professor.
Perbelanjaan ini pula mesti dianggap sebagai ibadat seperti yang di inspirasikan oleh Dr. Mahathir. Seorang professor Arab dari Algeria pula mengecam bahawa lebih baik beribadat dengan berzikir sentiasa dari membazirkan wang deposit calon yang hampir pasti akan hilang. Saya marah kepada dia dengan mengatakan bahawa tanggungjawab menhindar dari dayus adalah lebih penting sebab dayus adalah dosa yang paling berat dalam Islam. Saya selalu berdebat dengan dia tentang erti perkataaan yang di gunakan dalam quran dan hadis, tapi banyak kali dia diam sahaja. Kalau dia ada hujjah hujjah yang manasabah, saya boleh dengar dan kaji. Jadi, pada tahap seterusnya, saya mahu berdebat dengan dunia lah dengan menjadi seorang calon pilihanraya dan mencadang semua hasil kajian saya kepada pengundi. Manifesto ini bukan untuk meraih undi, tapi untuk menyelesaikan masaalah di Batu Sapi, Sandakan, Sabah, tapi boleh digunakan di seluruh dunia oleh negara negara mundur yang hampir kesemuanya negara Islam.
Untuk cadangan bahawa saya boleh utarakan di dalam cara lain yang lebih berkesan, sebenarnya sudah saya cuba tetapi masih tidak cukup berkesan. Buku, halaman web, sosial media surat kepada pehak berkuasa, semua sudah aku buat.
Kenapa baru sekarang berjuang dalam politik?
Oleh sebab umur saya sudah 64, inilah tahun terakhir untuk mencuba cara kempen pilihanraya dimana saya boleh berjumpa dengan semua orang berdepan depan dengan terbuka dan mematuhi semua undang undang.
Lagi pun saya baru sedar pada tahun 2022. Bapa saya meninggal pada akhir tahun 2021 oleh COVID19. Oleh sebab digalakkan membaca surah Yasin setiap hari, saya bertekad untuk membaca surah Yasin setiap hari tapi kali ini saya akan cari erti untuk setiap patah perkataan. Sudah jelas lah bahawa negara negara Islam telah melanggar hukum quran menyebabkan mereka menjadi mundur walaupun di kurniakan dengan hasil bumi yang banyak.
Namun, setelah saya terbaca syarahan agama yang di poskan di grup kami tentang fitnah fitnah akhir zaman, baru saya sedar bahawa Fitnah Sarra telah pun terlaksana di Sabah. Orang telah memilih ketua yang benar benar bodoh tetapi semua rakyat Sabah yang di persalahkan. Yang pandai tidak mahu menampilkan diri mereka untuk dipilih. Rakyat Sabah tidak ada pilihan.
Untuk penerangan yang lebih jelas, sila layari blog saya:
https://sabilparty.blogspot.com/2022/11/free-book-subsidies-destroy-nations-by.html
https://sabahcolonised.blogspot.com/2022/10/42-hasil-minyak-dari-sabah-pada-2017.html
Pilihan PM: 1. Shafie 2. Anwar
Shafie and Anwar kedua ada kelemahan tapi mereka kurang teruk daripada pilihan lain. Shafie tidak ada rekod mempertahankan hak Sabah, sehingga menolak cukai jualan bahan petroleum untuk Sabah. Tapi Shafie adalah orang Sabah dan sanggup jadi PM Malaysia.
Belanjawan: 1RM Malaysian 1RM Sabahan
Sekurang kurangnya sama rata seluruh Malaysia. Bukan seperti sekarang dimana setiap tahun Sabah di beri peruntukan yang sangat kecil untuk setiap penduduk di Sabah, sehingga setengah dari yang diterima di Malaya.
MA63: Tuntut wang dan denda
Setiap perlanggaran perjanjian boleh di tuntut gantirugi pada bila bila masa, dan termasuk bunga. Lagi lambat gantirugi dibayar, selagi itu pampasan bertambah. Kalau ketua menteri tidak memohon gantirugi ini, mereka boleh disaman kerana merugikan Sabah pada bila bila masa. Bukan setakat gantirugi tetapi denda denda.
Sabsidi haram jadi pindah kepada wang terus
Sabsidi menggalakkan pembaziran sebab barang nampak murah.
Oleh sebab orang kaya lebih banyak belanja dari orang miskin, mereka ditolong lebih dari yang miskin, jadi tidak adil kepada yang betul betul memerlukannya.
Sabsidi juga menghapuskan pembuatan sebab pembuat yang tidak diberi sabsidi tidak dapat bersaing dengan yang mendapat sabsidi.
Juga, oleh sebab orang kaya yang mendapat wang rakyat ini tidak memerlukannya, wang ini akan menambah simpanan, bukan di belanja, dan ini akan mengurangkan GDP.
Lagi pun, semua sabsidi tidak menjanakan GDP. Dengan kurangnya GDP, nilai matawang pun jatuh.
Haram turunkan harga tapi wajib naik gaji
Harga barang di tentukan oleh Allah. Sesiapa meminta harga barang turun melanggar ke mahuan Allah.
Kenapa?
1. Nilai harga bergantung kepada mutu barang. Emas lebih bernilai dari besi sebab emas tidak karat. Kedua dua adalah ciptaan Allah. Allah yang tentukan yang emas tidak berkarat, bukan manusia.
2. Nilai harga juga bergantung kepada jumlah barang yang di berikan oleh Allah. Emas sedikit, itulah nilainya tinggi, bukan saja sebab emas penting dan baik untuk buat barang.
Kalau emas boleh di dapati dengan banyak, harga emas boleh jadi kosong. Percuma. Macam angin lah. Tanpa angin kita mati dalam 5 minit. Tapi angin berada di merata sebab itu udara nilainya kosong.
Kenapa haram melanggar kehendak Allah? Sebab bahaya untuk manusia. Contohnya harga petrol. Harga petrol naik sebab kurang bekalan. Perang di Ukraine. Menurunkan harga petrol menggalakkan pembaziran. Orang guna petrol walaupun tidak perlu sebab boleh jalan kaki atau naik basikal. Akhirnya ekonomi negara hancur.
Minta Naik Gaji pun haram juga lah?
Tidak sebab manusia yang tentukan gaji. Kalau gaji rendah, tidak payah lah kerja makan gaji, baik kerja sendiri. Gaji adalah pilihan manusia yang boleh di tolak. Membeli barang pula susah di tolak sebab tiada pilihan. Emas tetap emas juga. Lain dari emas, bukan emas lagi kan.
Sebab itu di negara maju, tiada sabsidi jadi barang mahal, tapi gaji tinggi lah. Kalau gaji rendah, tidak boleh hidup. Sebab gaji di Singapura nampak tinggi tapi harga barang tinggi juga. Jadi sama juga lah. Tidak.
Cuba orang Singapura melawat ka Malaysia? Orang biasa pun gajinya macam orang kaya di Malaysia kan. Untunglah orang Singapura dan rugi orang Malaysia.
Mahu Barang Murah Gaji Tinggi. Mustahil
Mustahil dan sama seperti mau minta besi jadi emas. Melanggar hukum Allah. Kenapa?
Kalau gaji kita tinggi, gaji orang lain pun tinggi kan. Mana boleh gaji kau saja tinggi, orang lain rendah pula. Jadi gaji pekerja di restoran terpaksa tinggi sebab itu harga makanan tinggi lah.
Kalau makan di rumah, murah lah sebab tidak perlu gaji orang. Harga barang biasa yang tiada sabsidi, atau kawalan harga, tetap sama di seluruh dunia, jadi sangat untung lah orang Singapura dan negara maju yang lain.
Naikkan GST untuk semua barang (Negara Maju)
GST adalah cukai untuk pembelian barang yang menjadikan harga barang naik. Harga naik, kuranglah pembelian, jadi baguslah. GST mengurangkan pembaziran sebab mengurangkan pembelian. Cuma yang perlu sahaja yang dibeli.
Tidak adil kah kalau orang miskin juga di cukai? Orang miskin patut diberi wang supaya dapat membeli barang keperluan penting walaupun dicukai. GST samalah juga dengan Zakat Fitrah yang mencukai semua orang, miskin atau kaya.
Harga naik, untung bertambah (Negara Maju)
Kalau harga naik, pembeli akan rugi tapi penjual akan mendapat untung besar. Sebab itulah orang kaya di Negara Maju lebih kaya dari orang kaya dinegara mundur seperti Malaysia walaupun habis hasil negara digunakan untuk menolong orang kaya.
Tingkatkan nilai RM
Kalau nilai matawang menjadi rendah, bererti duit rakyat diambil oleh kerajaan, seperti dicukai. Ini tidak adil. Tapi, kalau nilai matawang meningkat, bererti kerajaan beri wang tambahan kepada rakyat.
Hapuskan kesesakan jalanraya (Netherlands)
Netherlands ada lebih kereta tetapi tiada kesesakan jalanraya. Tiru sahaja cara Netherlands.
Smashwords: Subsidies Destroy Nations
Apple Books: No more excuses for traffic jams and fatal accidents.
Comments
Post a Comment