Insta Millionaire: Cerita fasal syorga dunia
Bagus cerita ini. Dalam bahasa Inggeris tapi hindi pun ada.
Aku terjumpa melalui Pocket FM Audio Book tapi boleh juga dengar percuma di YouTube.
Episod 70 ini bagus sebab cerita fasal hotel terbaik di dunia. Perangai mereka macam orang Kg. Bokara dulu lah. Kaya dengan kayu balak dan perempuan mereka terkenal dengan kecantikan mereka sebab berasal dari Tubig Indangan.
Penulis ini memang tahu fasal kehidupan mewah, seperti ablone, lobster (dulu kami buat perhiasan saja), dan banyak lagi. Harga mereka berpuluh ribu sekali makan.
Terkenang aku kehidupan nelayan di Syorga Batu Sapi dengan ikan dan makanan laut segar dan rumah di atas pantai. Harga mereka sangat murah di Batu Sapi tetapi di New York atau bandaraya besar seperti Hong Kong, bernilai berpuluh ribu.
Kami di sini dapat makan makanan laut hidup hidup. Cuma perlu masak sendiri bukan macam restoran terbesar. Namun, seperti yang di terangkan di episod ini, kesedapan makanan ada lah dari kesegaran bahan mentah. Patut lah isteriku tidak mahu makan ketam suri, yang berwarna biru, kalau sudah di aiskan. Terpaksa aku beri kepada orang lain.
Sewaktu dia mengandung anak pertama di KL, mencari makanan laut segar di KL punya susah. Sampai kat pantai Morib dan Port Klang tidak jumpa. Terpaksa hantar dia balik ka Batu Sapi. Terpaksa aku tinggal seorang di KL.
Amat sedih aku kehilangan syorga Batu Sapi. Ini lah bala Fitnah Sarra yang di ramalkan oleh Rasulullah. Oleh sebab kebodohan dari kerakusan, syorga dunia di hancurkan, yang bererti juga tidak akan senang masuk syurga di akhirat.
https://youtu.be/iqONyhS-2y4https://youtu.be/iqONyhS-2y4
Comments
Post a Comment