Pembohongan yang Sabsidi Turunkan Harga
(KUALA LUMPUR: The inflation rate in Malaysia could exceed 10 per cent if the government ceases subsidies for essential goods such as rice, sugar, fuel and electricity.)
Bohong lah. Sabsidi lah yang menyebabkan barang naik harga bukan turunkan lagi. Nampak saja rendah, tapi tanya semua orang lah. Sudah pun 50% naik dari roti canai sampai teh tarik.
Sabsidi konon dikira dari harga beras, gula, minyak dan electricity saja, tapi bukan teh tarik kan, patut lah.
Apa jadi kalau sabsidi di buang? Harga beras di jual dengan tinggi, jadi tiada orang sanggup beli, macam harga durian yang terlalu mahal lah. Lama lama turun juga kan. Cuba kau kasi sabsidi harga durian, sampai kiamat harga tidak akan turun, tapi naik ada lah sebab bertambah ramai orang ketagih durian. Sebab itu quran larang sabsidi. Membazir dan menolong orang kaya dan pembazir saja.
Masih tidak percaya? Tengok saja Singapura lah. Bukan jauh pun, seberang saja. Dari dulu tiada sabsidi, ada naik harga nya? Naik lah, tidak pun sampai 10%.
Apa jadi kalau sabsidi di buang di Malaysia? Harga barang yang di sabsidi akan naik. Gula akan naik lah, serta merta konon, 10%. Tengok lah bulan depan, jatuh itu balik sebab kurang sudah orang membeli gula sebab terpaksa berjimat. Terutama sekali restoran restoran. Aku sendiri tidak mahu sudah makan di luar sebab semakin manis masakan mereka. Sudah lah kicap manis, di tambah lagi gula.
Elektik naik lah, tapi lebih ramai orang akan berjimat kasi mati aircon. Bil pun sama juga. Sebab letrik bukan mustahak betul pun. Kalau untuk lampu saja, tidak akan membebankan. Itu pun boleh kawal. Sejuk juga bilik. Kipas saja lah, tapi itu pun boleh guna angin luar. Buka jendela dan pintu. Aku pun, waktu siang saja pakai kipas, malam terpaksa tutup sebab terlalu sejuk. Apa salah nya harga letrik naik kalau itu kehendak Allah? Mahu melawan Allah untuk turunkan harga letrik supaya kita membazir dengan kemewahan?
Masaalah Anwar ini, dia selalu di pengaruhi oleh orang kaki bodek macam Azmin dan ramai lagi pembantu nya, yang senang di rasuah pun sehingga belot. Sama lah dengan penasihat Anwar sekarang. Sampai penasihat dari Singapura untuk mengajar Malaysia cara mengendali HDB pun di fitnah.
Aku percaya bahawa Anwar jujur mempertahankan orang miskin, sama juga Mahathir untuk memajukan negara, tapi niat tidak sama dengan perlaksanaan. Mahathir telah menggunakan polisi yang menghancurkan negara, bukan membangunkan negara dengan menindas pekerja sehingga Malaysia menjadi pusat penghambaan moden di dunia. Periksa lah fakta sebenar, bukan pakai otak saja. Nanti jadi khayalan saja, macam orang gila bayang.
Anwar pula, lebih pentingkan inflasi dari gaji pekerja, sebab sudah jelas dia pun mahu kongkong gaji pekerja lah itu. Maka bertambah lah kemiskinan, bukan berkurang. Inflasi tiada masaalah, asalkan naik gaji lah. Yang menjadi masaalah, barang tetap naik, tapi gaji masih rendah, dengan alasan sabsidi boleh turunkan harga.
https://www.nst.com.my/news/nation/2023/03/884643/pm-inflation-will-exceed-10-cent-without-subsidies
Comments
Post a Comment