Fitnah Jelas Konon Menteri Sabah yang Menjadikan Sabah Termiskin

Pendapat begini memang paling di hayati oleh 90% orang Sabah, dan 99% orang Malaya, tapi kamu sedar ku kamu telah membuat beberapa dosa besar. 

Fakta nya adalah, Sabah di beri peruntukan 50 sen seorang pada tahun ini pun. Berpuluh tahun sudah begini, ada waktu sampai 20 sen sahaja. Dengan tidak memperdulikan fakta ini, bererti orang Sabah yang berpendapatan bahawa Federal tidak salah ada lah dayus. Orang Malaya pula, perompak. Dosa dayus lagi teruk dari dosa merompak tau.

Pada masa yang sama, tambah lagi dosa fitnah. Menuduh Menteri menteri Sabah mencuri duit kerajaan tanpa satu bukti pun. Musa Aman sudah pun bebas. Pengarah Jabatan Air sedang di mahkamah, tapi dia bukan menteri pun. Itu pun duit beratus juta di pejabat, bukan dia punya pun. Kalau di kira dari jumlah peruntukan federal, tidak sampai satu sen pun di tuduh salah guna. Yang 50 sen terang terang di curi, tidak peduli pula.

Musa Aman mungkin rasuah berbilion ringgit, tapi dia sudah bebas pun dari semua tuduhan. Jadi mana dia bukti yang dia rasuah selama ini? Tapi selama berpuluh tahun dia berkuasa, atas ehsan orang Malaya, berapa sen sahaja dari jumlah peruntukan Sabah yang di curi orang Malaya lah. Tidak sampai pun satu sen. Dalam 10 tahun, peruntukan 3,000 billion RM lah. Sabah dapat 150 billion, iaitu 5% tapi penduduk 12 peratus sudah, jadi 50 sen lah seorang Sabah dan rm1 orang Malaya. Berapa lah harta Musa Aman? Sampai 10 billion? Kalau pun 15 billion, baru 5 sen lah. Kau banding dengan 50 sen yang di curi oleh orang Malaya. Dengan membayar 5 sen saja, boleh dapat curi 50 sen. Masih untung 45 sen kan.

Sebab itulah Musa Aman kasayangan orang Malaya. Sampai terlepas semua tuduhan rasuah pun. Memang pun tiada bukti. Semua itu habuan dari dajjal orang Malaya. Kau salahkan Musa Aman? Kalau dia bersuara, hilang kuasa ketua menteri lah. Sebab Musa Aman lebih takut kepada dajjal Malaya dari talibarut dajjal di Sabah lah.

Orang Malaya yang berkuasa menentukan menteri menteri di Sabah, sebab orang Sabah sudah terpedaya oleh dajjal. Pemimpin yang suka senyum dengan rakyat, menerima aduan aduan yang banyak untuk di uruskan. Lagi banyak aduan, lagi orang Sabah suka kepada dia. Rajin berkhidmat untuk rakyat konon, tapi duit yang di curi tidak di pedulikan pun.

Sampai rakyat Sabah jadi termiskin di dunia sudah, tapi lagi hormat kepada dajjal Malaya yang asyik menjanjikan syurga, dengan berjanji menyelesaikan semua masaalah yang timbul. Tapi semua masaalah datangnya dari orang Malaya juga. Sengaja di kasi miskin betul betul orang Sabah, supaya menjadi hamba orang Malaya sudah.

Lepas itu, menggalakkan pula orang Sabah menuduh Menteri menteri pilihan dajjal dajjal dan talibarut nya, sebagai punca Sabah menjadi termiskin di dunia. Yang tidak masuk akal, semua Menteri pilihan orang Malaya juga. Mereka di pilih bukan sebab cekap atau jujur, tapi patuh dan diam saja walaupun Sabah di peras dengan kejam sampai menjadi termiskin di dunia sudah. Di peras sudah pun fakta terang terangkan, dengan menjanjikan Sabah 50 sen sahaja.

Fasal kemiskinan pula, sudah pun fakta dengan 20% penduduk bertaraf miskin di Sabah. Lain lagi fakta lain seperti sewa hotel di luar bandar Kota Kinabalu sama dengan Lombok, Indonesia, yang tiada hasil apa apa pun, kecuali pelancongan.

Bandar Kota Kinabalu pun antara yang termurah di dunia pun, sehingga Malaysia konon yang termurah, pada hal cuma Sabah.

Fakta kemiskinan susah mau di terangkan, tapi dalam perancangan Malaysia berpuluh tahun sudah, memang pun Sabah termiskin pun, lebih miskin dari Kelantan. Ini cetakan resmi tau, bukan cakap ahli politik dajjal dajjal dan talibarut mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Ir. Hj. Othman Hj. Ahmad Resume

Penyelesaian Masalah Letrik dan Air di Sabah