Akibat Dayus Orang Sabah
Ini lah balasan dosa dayus kita. Dosa tetap dosa. Kita di denda di dunia dan akhirat walaupun sebenarnya kita mangsa dajjal dajjal Malaya.
Dajjal dajjal adalah penipu, mengaku Islam dan menjanjikan syurga tetapi sebenarnya neraka, dan amat berkuasa. Malaya lah kan.
Apa tidak, kita salahkan rasuah orang Sabah konon, pada hal yang sepatutnya memberhentikan rasuah orang Malaya juga kan, tetapi bukan mahu berhentikan, tapi galakkan rasuah lagi. Tengok saja Musa Aman. Asalkan biarkan Malaya rampas harta orang Sabah dan bunuh rakyat Sabah ramai ramai, apa peduli rasuah.
Apa tidak harta Sabah di rampas kalau di janjikan cuma 50 sen seorang tapi di beri 30 sen sahaja, tapi Malaya di janjikan rm1 seorang, dapat lebih lagi RM1.10.
Apa tidak bunuh orang Sabah kalau doktor di Sabah separuh sahaja dari doktor di Malaya. Lain lagi kekurangan hospital. Pada hal Sabah cuma 12% sahaja penduduk, jadi senang lah bekalkan doktor kan, tapi tidak. Terlalu tamak, tapi ini lah perangai dajjal dajjal.
Jalanraya di Sabah konon rosak sebab rasuah JPJ yang biarkan Lori overweight. Jadi rosak lah. Tapi hasil kayu balak dan kelapa sawit di curi pula orang Malaya. Apa dia peduli orang Sabah mati di jalanraya asalkan Malaya kaya. Pada hal boleh gunakan hasil itu untuk baiki jalan serta merta, tidak kira berapa berat pun lori. Duit sahaja lah.
Kalau jalanraya baik, hasil pun bertambah kan, tapi dajjal ini bukan saja tamak, tapi kejam. Biarkan Sabah hancur, kurang produktif sebab kekurangan pelaburan, asalkan nafsu buas dajjal dajjal tercapai.
Kalau aku, pelajar terbaik Sabah dan di dunia sudah pun, boleh tertipu oleh dajjal dajjal Malaya ini, apakan lagi rakan rakan lain. Aku pun baru sedar tahun ini. Terutama sekali hukum dayus dan taubat.
Dosa dayus tidak boleh di maafkan kecuali tidak sengaja. Walaupun tidak sengaja, iaitu hasil kebodohan atau tertipu, tetap juga berdosa. Cuma oleh sebab tidak sengaja, boleh lah minta ampun. Tapi untuk dapat di ampun dosa, mesti bertaubatlah dulu. Itu pun belum tentu di ampunkan. Terpulang lah kepada Allah.
Sebab itu, aku amat resah dan susah hati sekarang. Apa guna kita menikmati pemandangan dan makanan terbaik di dunia kalau kita sedang menuju kepada neraka di dunia dan akhirat? Habis sahaja duit di belanjakan melancong seluruh dunia, pada hal syurga di depan mata kita hancurkan.
Comments
Post a Comment