Kerajaan Akui Sabah Tidak Pernah Merdeka

 Sudah jelas bahawa pada 31 Ogos 1963, Sabah ditubuhkan sebagai sebuah Kerajaan Sendiri di bawah naungan Kerajaan British, iaitu masih lagi sebuah koloni British dan kuasa mutlak masih lagi di bawah British.





Dengan mengisytiharkan 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan Sabah, bererti mensahkan bahawa Sabah sekarang adalah sebuah Kerajaan Sendiri tapi di bawah naungan Malaya, yang di tukar nama kepada Malaysia.

Ini adalah mengarut sebab nama Malaysia cuma di resmi kan pada 1963, bukan 1957 sewaktu Malaya merdeka. Ini bererti dokumen Perisytiharan Malaysia tidak di pedulikan sebab semua kenyataan resmi menganggap Malaysia adalah Malaya dan Sabah hanyalah sebuah negeri dalam Malaya, bukan sebagai ahli penubuhan Malaysia.

Dokumen Perisytiharan Malaysia jelas menyatakan bahawa Perjanjian Malaysia adalah di antara Malaya dengan Sabah untuk menubuhkan sebuah negara baru yang dinamakan Malaysia. Tanpa Sabah, tiada Malaysia.

Dokumen Perisytiharan Malaysia ini juga mensahkan bahawa Sabah, pada 31 Ogos 1963 masih lagi di bawah kekuasaan British, bererti belum lagi merdeka, cuma dibenarkan Mentadbir Sendiri. Kuasa mentadbir pada 31 Ogos 1963 adalah lebih luas dari Sabah dalam Malaysia kini.

Betul juga lah, Sabah sekarang pun tidak pernah merdeka. Kuasa Kerajaan Sabah sekarang jauh lebih kurang dari kuasa Kerajaan Sabah di bawah Pentadbiran Koloni British, sehingga Sabah menjadi termiskin dalam dunia, lebih teruk dari Somalia, negara kedua termiskin di dunia, dan Kelantan dalam semua aspek penting seperti jalan raya, letrik, air, kesihatan dan pasar awam. 


Comments

Popular posts from this blog

Ir. Hj. Othman Hj. Ahmad Resume

Penyelesaian Masalah Letrik dan Air di Sabah