Menurunkan Nilai Matawang Bererti Mencuri Wang Rakyat
(SHANGHAI, Aug 17 (Reuters) - China's major state-owned banks were seen busy selling U.S. dollars to buy yuan in both onshore and offshore spot foreign exchange markets this week, people with direct knowledge of the matter said, in an attempt to slow the yuan's depreciation.)
Setahu aku, China peg Yuan kepada US$. Ertinya, China mestikan setiap dollar boleh di tukar dengan jumlah yuan yang di tetapkan.
Singapura pun buat begitu. Tapi, kenapa Malaysia tidak boleh buat?
Sebab Malaysia cetak terlalu banyak RM. Kalau ramai orang minta tukar RM kepada US$, tiada sudah duit US$ di pegang oleh Bank di Malaysia.
Jadi, kita jual pakai RM sahaja lah. Pembeli perlu cari RM dulu. Pembeli selalunya ada US$ sahaja, jadi terpaksa tukar US$ kepada RM. Terpulang kepada Malaysia untuk terima duit selain US$.
Syarikat Malaysia boleh terima Yuan, tapi sekarang nilai Yuan di banding dengan US$ jatuh, jadi rugilah penjual Malaysia itu. Untuk pembeli China, untung. Sebab itu, US$ di gunakan oleh banyak negara, termasuk China. Nilai US$ lebih tinggi sebab US, tidak cetak banyak US$. Kalau belanjawan kurang, US tidak cetak duit, dia pinjam dari orang, termasuk luar negara.
Nilai RM dan Yuan jatuh sebab Malaysia dan China cetak Yuan terlalu banyak. China dan Malaysia tidak mahu meminjam wang untuk pertahankan duit mereka, sebab itu jatuh nilai.
Faham faham lah. Cetak duit lagi senang dan rakyat tidak nampak pun. Namun, kesan nya tidak boleh di elak. Terlalu banyak Yuan dan RM di pasaran.
Untuk kurangkan Yuan, China tukar US$ mereka kepada Yuan, dan bakar Yuan itu. Kalau tidak di bakar, di masukkan balik ka pasaran, turun balik nilai Yuan. Akibatnya, turun lah jumlah duit US$ dalam simpanan di China, di panggil foreign currency reserves (duit simpanan matawang asing).
Kalau China, mungkin tiada masaalah, tapi Malaysia dalam bahaya. Duit asing cuma cukup untuk biayai 6 bulan jumlah impot. Export Malaysia berkurangan, jadi duit asing tidak akan bertambah.
BNM, Bank Negara kata akan masuk campur untuk pertahan nilai RM. Bererti macam China lah. Kenapa tidak macam US? Tambah hutang untuk pertahankan duit. Sebab China dan Malaysia sukakan nilai duit mereka jatuh, sebab ini bererti export mereka menjadi murah. Ini sebenarnya alasan bohong sahaja.
Sebab harga kelapa sawit dan petroleum bukan dalam duit RM atau Yuan lah. Orang tidak akan mahu terima wang yang selalu turun. Jadi apa yang kurang? Gaji pekerja kurang lah. Semua duit simpanan pun kurang lah kalau nilai RM dan Yuan turun. Bererti kerajaan telah mencuri duit rakyat yang menyimpan duit dalam bank dan menerima gaji atau bayaran dalam duit tempatan.
Pakar ekonomi panggil penurunan nilai matawang asing(serupa dengan inflasi), sebagai cukai. Ini tidak tepat sebab rakyat tidak di beri sebarang notis. Duit di ambil secara paksa lagi oleh kerajaan. Mencuri ada lah lebih tepat.
Penurunan nilai matawang bukan inflasi konon. Betul lah, tapi harga barang import pasti naik kan, jadi sudah pasti lah ada inflasi kepada barang import termasuk barang mentah untuk kilang. Tahu kah yang barang import itu lebih separuh?
Kerajaan curi duit penyimpan wang RM. Syarikat curi gaji pekerja dan pembekal bahan tempatan. Pelancong curi semua hasil negara yang di nilai dalam RM.
Kenapa perlu curi dari rakyat? Sebab konon untuk bersaing di luar negara. Kalau tidak mencuri dari rakyat, export Malaysia tidak laku. Termasuk pelancongan lah. Sebab itu US, dan negara yang kawal nilai wang mereka, tidak suka kepada negara yang turunkan nilai matawang mereka dengan sengaja, macam China dan Malaysia . Mereka panggil ini menipu dalam perniagaan. US akan denda China dengan cukai dan larangan impot kalau China turunkan nilai Yuan.
US tidak pedulikan Malaysia sebab bagus untuk US. Syarikat US boleh mencuri dari rakyat Malaysia, dan dengan itu dapat bersaing dengan negara yang juga mencuri dari rakyat dengan menurunkan nilai matawang. Namun, kumpulan etika di US sudah mula mempersoalkan polisi ini sebab pekerja US terlibat. Sebab itu US beri insentif untuk buat kilang di US.
Bukan saja US yang untung. Singapura pun untung. Singapura dapat curi lagi pekerja mahir Malaysia. Rakyat Singapura boleh curi semua hasil tempatan Malaysia. Rakyat Malaysia pula tidak boleh curi dari Singapura sebab terpaksa bayar harga sebenar.
Persoalannya, baguslah foreign reserve negara tinggi kalau nilai matawang jatuh? Bukan kah lebih baik menggunakan wang reserve ini untuk menaikkan nilai matawang?
Dengan menggunakan reserve ini, untuk menaikkan nilai RM, bererti kerajaan menolong rakyat lah. Semua rakyat, kaya dan miskin, jadi macam UBI. Apa salah nya? Sampai kosong pun boleh. Jangan tambah import lagi lah kalau tiada duit sudah. Masih boleh import lah, sebab itu reserve sahaja. Atau simpanan lebih lah. Malah, lagi banyak reserve, lagi rugi, cuma lebih selamat lah.
https://www.reuters.com/markets/asia/malaysias-economy-grows-29-q2-weakest-nearly-two-years-2023-08-18/
Comments
Post a Comment