Sudah jelas bahawa pada 31 Ogos 1963, Sabah ditubuhkan sebagai sebuah Kerajaan Sendiri di bawah naungan Kerajaan British, iaitu masih lagi sebuah koloni British dan kuasa mutlak masih lagi di bawah British. Dengan mengisytiharkan 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan Sabah, bererti mensahkan bahawa Sabah sekarang adalah sebuah Kerajaan Sendiri tapi di bawah naungan Malaya, yang di tukar nama kepada Malaysia. Ini adalah mengarut sebab nama Malaysia cuma di resmi kan pada 1963, bukan 1957 sewaktu Malaya merdeka. Ini bererti dokumen Perisytiharan Malaysia tidak di pedulikan sebab semua kenyataan resmi menganggap Malaysia adalah Malaya dan Sabah hanyalah sebuah negeri dalam Malaya, bukan sebagai ahli penubuhan Malaysia. Dokumen Perisytiharan Malaysia jelas menyatakan bahawa Perjanjian Malaysia adalah di antara Malaya dengan Sabah untuk menubuhkan sebuah negara baru yang dinamakan Malaysia. Tanpa Sabah, tiada Malaysia. Dokumen Perisytiharan Malaysia ini juga mensahkan bahawa Sabah, pada 31 ...
Comments
Post a Comment