Komen Tentang Analisa Kejatuhan Ekonomi Argentina
Analisa ekonomi yang paling jujur tapi masih biased, pilih kasih terhadap capitalism. Yang terbaru, jenis kapitalis lah yang paling berpeluang untuk membetulkan keadaan, tapi tanpa keselamatan sosial, susah untuk berjaya.
Pertama kali aku dengar analisa yang memberi sebab utama inflasi sebagai kerajaan yang mencetak duit berlebihan.
Pegging atau memaksa nilai matawang tidak akan berjaya kalau asyik menipu dan analisa ini betul.
Tapi masalah yang di senaraikan tidak menepati sebab seperti income distribution konon ada lah punca masalah, tapi ini alasan kapitalis seperti di USA untuk mengurangkan cukai terutama kepada orang kaya yang terbukti gagal seperti di USA, berbanding dengan Eropah.
Nasionalisation syarikat syarikat pun di senarai pada hal banyak industri kritikal pun di kendalikan oleh kerajaan seperti NASA.
Rasuah pun memang alasan yang selalu di buat atas kegagalan ekonomi tapi rasuah terjadi di mana mana termasuk USA dan Singapura.
Punca utama ialah defisit belanjawan tetapi hampir semua negara ada defisit. Perbezaan nya ialah berapa banyak sahaja. Betul juga lah tapi apa punca utama defisit ini?
Kurang hasil negara sebab kurang cukai lah. Tidak di sebut sebab penganalisa ini jenis kapitalis. Tolong orang kaya sahaja. Eropah tidak extreme jadi cukai di situ lebih tinggi tetapi tidak ada juga masalah ekonomi mereka.
Perbelanjaan yang tinggi lah. Di sebut selalu ialah projek infrastruktur rasuah. Betul juga lah, macam 1mdb tapi yang ini senang di kesan sebab nampak kesan nya terus.
Masalah paling besar, sabsidi tidak di sebut. Pada hal ini lah masalah terbesar. Penganalisa ini pro orang kaya dan subsidi menolong orang kaya lebih dari orang miskin, sebab itu dia tidak sebut.
Penghapusan Sabsidi akan menyebabkan harga barang naik dan konon menyusahkan rakyat. Rakyat Argentina dan juga Tunisia, dari perbincangan ku online di komen YouTube, tidak mahu sabsidi di hapuskan, sebab konon penghapusan rasuah cukup untuk membayar sabsidi. Sama juga dengan penganalisa di video ini.
Penyelesaian kenaikan harga boleh di selesaikan dengan cash transfer, yang terbukti berkesan tetapi di bantah oleh penganalisa ini sebab konon sejenis income distribution, iaitu, orang kaya di cukai untuk di beri kepada orang miskin. Tidak lah, dan ini alasan sahaja dan sudah di buktikan oleh banyak kajian penyelidik, termasuk lah UBI, sistem ekonomi Imam Mahadi.
Kajian UBI di Sweden sudah membuktikan yang UBI dan cash transfer sama sama berkesan di dalam menyelesaikan kemiskinan tapi UBI lebih baik dari segi pemohon dan pengurusan. Sweden dan EURO menggunakan cash-transfer untuk mengurang beban rakyat tapi cukai mereka amat tinggi. Harga barang pun tinggi juga.
Apa beza cash transfer dengan UBI? UBI ini semua orang, kaya atau miskin di beri duit sama rata, bukan melalui sabsidi. Tidak perlu juga mengesan orang miskin seperti apa yang si Rafizi mau buat melalui sistem PADU nya. Eropah menggunakan pekerjaan sebagai asas nya. Tiada kerja, boleh memohon setelah membuktikan kegagalan mendapat kerja seperti di Belgium.
Semua alasan kegagalan UBI sudah di buktikan tidak betul oleh banyak penyelidikan, seperti konon nanti orang malas cari kerja. Dan banyak lagi lah.
Entah kenapa negara negara tidak mahu terima hasil penyelidikan yang saintifik sama seperti cash transfer juga. Masih banyak pemberian subsidi dari pemberian wang tunai terus(cash transfer). UBI belum ada lagi, apa lagi negara Islam yang syok dengan rasuah sabsidi yang jelas di haramkan oleh quran dan hadis sebab menolong orang kaya dan menggalakkan pembaziran. Pada hal UBI ini serupa dengan hadis tentang Imam Mahadi.
https://youtu.be/9WRDQO0kRyI?si=oT2QLbZojlQHh44I
Comments
Post a Comment