Hukum menuduh 33:Surah al-Ahzab: 58

 Maksudnya: “Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.”

(Surah al-Ahzab: 58)

Ertinya, menuduh dengan tepat adalah di benarkan. Malah ini juga bererti, sesiapa yang melarang menuduh sama sekali, sama ada betul atau tidak, sudah memalsukan ayat ini, menjadi mereka seperti anjing berliur. 7:Al-Araf 176.

Malangnya, ustaz ustaz di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah melakukan dosa ini dengan tulisan di laman web di bawah ini.



Pada hal, dosa tidak menuduh orang yang bersalah hukum nya dayus, iaitu menyebar kejahatan, mengikut hadis. Hukum dayus lebih dahsyat sebab tidak boleh masuk syurga sudah.

Jika kita tersilap tuduh sesudah berusaha mencari bukti bukti, ia boleh di anggap kesilapan yang tidak sengaja. Kita masih boleh bertaubat seperti yang di sebut dalam artikel tersebut.

"Termasuk kelompok ini adalah mujtahid “ahli ijtihad” yang salah dalam ijtihadnya. Ini disebabkan Allah akan mengampuni kesilapan golongan ini dan memberinya pahala atas ijtihadnya itu.(Lihat Majmu' Fatawa, 3/231; 23/345-346)"


Artikel ini bersalah membohongi ayat 33: al-Ahzab: 58, sebab membuat kesimpulan yang lari dari ayat ini. Menghukum jauh beza nya dengan setakat menuduh atau menyakiti hati orang.

Lainlah pula kalau jelas di terangkan perbezaan di antara ayat dengan kesimpulan mereka.

Kesimpulannya tidak boleh bermudah-mudahan menghukum seseorang itu kafir atau murtad kecuali setelah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dan tidak terdapat sebarang halangan

Comments

Popular posts from this blog

Ir. Hj. Othman Hj. Ahmad Resume

Penyelesaian Masalah Letrik dan Air di Sabah