Kiraan Penjimatan Pemberian Duit Terus lawan Sabsidi Petrol

Saya tanya seorang penunggang motosikal berapa dia belanja untuk petrol dia. Dia kata di bawah rm100. Ertinya dia dapat sabsidi rm 100 sebulan, bererti rm1,200 setahun.

Saya pernah memandu Proton Exora sejauh 40 km sehari dan belanja rm400 sebulan, bererti saya dapat sabsidi rm400 sebulan atau rm4,800 sebulan.

Betapa rugi nya orang miskin dan berjimat berbanding orang boros dan mampu seperti pemandu sebuah MPV 7-penumpang, tapi bawa seorang saja.

Kalau setiap pengguna kenderaan di beri rm200 duit terus tanpa kira jenis kenderaan supaya adil dan menggalakkan penjimatan, kerajaan akan berjimat dengan banyak tapi tidak membeban kan rakyat.

Dengan duit rm200, rm100 untuk bayar kenaikan harga petrol dan rm100 untuk membayar kenaikan harga barang dan baki lagi. Ertinya, orang miskin di tolong lebih dari orang kaya dan mampu.

Seorang pemandu MPV macam saya, dapat juga rm200, rm100 untuk kenaikan harga barang, dan rm100 untuk menampung kenaikan harga petrol. Memang rugi lah sebanyak, rm2,400 setahun tapi yang rm2,400 itu ada lah haram sebab tidak boleh di gunakan untuk menanggung pemberian makan(bukan setakan makanan tau). Kerajaan akan jimat rm2,400 - rm1200(pemberian tunai kepada orang miskin).

Ini andaian bahawa penunggang motorsikal sama dengan pemandu kereta pada hal pengguna kereta lagi ramai lah. Memang ini kenyataan nya. Cuma 20% sahaja orang miskin atau kurang mampu.

Dari segi ekonomi pula, pemberian rm1,200 itu meningkatkan GDP negara sebab di gunakan terus untuk membeli belah. Untuk orang kaya, pemberian rm1,200 itu di simpan sahaja sebab duit berlebihan, atau tambah hutang lagi, yang tidak meningkatkan GDP. Kalau semua hutang sudah di bayar, pemberian lebihan di simpan untuk membeli saham atau fixed deposit yang tidak meningkatkan GDP negara.

Konon menaikkan pelaburan, tapi apa guna pelaburan banyak kalau tiada pelanggan atau GDP? Tingkatkan produktiviti dulu, iaitu GDP dulu, baru pelaburan berguna. Contoh nya semua negara tidak akan membangun macam Malaysia. Duit habis di beri kepada orang kaya yang konon akan membuat pelaburan, tapi kenyataan nya GDP hancur dan Malaysia bertambah miskin lagi sebab produktiviti iaitu GDP nya jatuh. Apa tidak kalau harta negara di jual murah murah, bererti nilai produktiviti rendah, bererti produktiviti rendah lah. Produktiviti di kira menggunakan nilai lah bukan jumlah barang. Nilai ini pula nilai matawang seluruh dunia, bukan nilai wang tempatan yang boleh di jatuhkan sehingga lebih murah dari nilai kertas macam Venezuela dan Zimbabwe lah. Malaysia pun sudah menuju kearah Zimbabwe dan setaraf dengan Tunisia dan Argentina sebab duit rakyat di curi oleh kerajaan melalui Bank Negara .

Kalau mahu tahu cerita panjang, baca kenapa Kerajaan Argentina sekarang mahu hapuskan Bank Negara mereka, dan menggunakan dollar Amerika sahaja.

Untuk orang yang mampu pula, ia menggalakkan penggunaan petrol yang lebih berguna. Saya boleh memandu kereta Viva saya yang lebih jimat. Daripada untung rm4800, saya cuma di beri rm2,400. Kos meningkat kepada rm9,600 kalau pakai MPV tapi kalau Viva cuma rm4,800. Ertinya, untung rm2,400. Kurang dari rm4,800 tapi keuntungan ini halal sebab adil dengan orang miskin dan seperti Ekonomi Imam Mahadi, pemberian wang terus tanpa syarat.

 Kalau mahu jimat lagi, naik basikal letrik saya lah. Lagi sehat. Boleh dapat untung tambahan rm4,800(petrol Viva) dengan rm2,400 lagi tapi gaji besar tiada guna kalau keselesaannya dan keselamatan kurang terjamin, macam orang miskin lah. Sebab itu kita semua lebih prihatin kepada penunggang basikal dengan menyediakan laluan basikal dan tempat berteduh.

Comments

Popular posts from this blog

Ir. Hj. Othman Hj. Ahmad Resume

Penyelesaian Masalah Letrik dan Air di Sabah