PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA
https://suaraharamain313.blogspot.com/2015/04/putera-bani-tamim-dan-perjuangannya.html
Memang telah dijanjikan Putera Bani Tamim akan membela Ahlul Bait, membela Imam Mahdi. Itulah perjuangannya, tidak memberikan keuntungan dunia untuknya tapi membawa keamanan kepada umat Islam. Kerana perjuangannya dan pengorbanannya hanyalah untuk memperkenalkan Imam Mahdi kepada manusia.Memang telah dijanjikan Putera Bani Tamim akan membela Ahlul Bait, membela Imam Mahdi. Itulah perjuangannya, tidak memberikan keuntungan dunia untuknya tapi membawa keamanan kepada umat Islam. Kerana perjuangannya dan pengorbanannya hanyalah untuk memperkenalkan Imam Mahdi kepada manusia.
Ahlul Bait ialah keturuan Nabi Muhammad. Selalunya dari bapa sahaja dengan diberi gelaran Syarif atau Syed.
PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.
Sabda Nabi SAW, “Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi, yakni tapak pemerintahannya.” (Ibnu Majah)
Putera
Bani Tamim atau Pemuda Bani Tamim adalah suatu gelaran yang senantiasa
menggentarkan hati setiap pemerintah yang zalim, sejak dari zaman
pemerintahan Islam hinggalah ke hari ini. Ini dengan mudah dapat
difahami kerana setiap kali nama itu disebut, setiap kali itulah akan
terasa kepada pihak pemerintah bahawa kedudukan mereka akan tergugat,
dan kekuasaan mereka akan beralih tangan. Namun benarkah demikian? Siapa
yang mengatakan demikian sehingga diyakini sangat oleh para pemerintah
sejak dulu-dulu lagi? Apa yang ditakutkan sangat terhadap diri Putera
Bani Tamim itu sehingga dianggap sedemikian rupa? Sabda Nabi SAW, "Al-Mahdi
akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang
mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)
Beliau
ialah seorang pemimpin yang dijanjikan untuk persiapkan tapak
perjuangan atau wadah bagi Imam Mahdi. Beliaulah yang bertanggungjawab
melahirkan para pejuang yang akan dilayakkan bersama Imamul Ummah ini.
Dikatakan tidak pernah kalah kerana perjuangannya sentiasa bersambung
walaupun cuba dihancurkan. Tidak kalah walaupun musuh menggoncang
habis-habisan dari luar dan dalam. Malah, perjuangannya memberi bekas
kepada masyarakat walaupun diuji. Ini kerana perjuangan itu telah
dijanjikan Allah untuk melepasi segala ujian dengan izin-Nya.
Putera
Bani Tamim adalah gelaran kepada seorang lelaki yang tugas utamanya
adalah membantu menaikkan Imam Mahdi sebagai pemerintah seluruh umat
Islam. Disebutkan Bani Tamim kerana Nabi Muhammad saw sangat memuliakan
nasabnya dan untuk mengiklankan dirinya sebagai salah seorang pemimpin
umat pada akhir zaman. Imam At-Tabrani menyatakan: “Bani
Tamim terkenal dengan tetap pendirian, berjiwa besar, jelas cita-cita,
amat memusuhi Dajjal diakhir zaman, cukup tahan menghadapi apa saja
halangan. Bani Tamim tidak akan tergugat dengan sebarang halangan,
ancaman dan penentangan dari mana-mana pihak yang mahu memudharatkan
perjuangan mereka”. Dari sini jelaslah mengapa baginda menggelarkan
Pemuda Bani Tamim. Telah Allah janjikan kepada Nabi Muhammad kawan
(pembantu) dari Bani Tamim juga iaitu Saiyidina Abu Bakar Assiddiq. Maka
salinan baginda saw iaitu Imam Mahdi juga dijanjikan seorang pembantu
dari Bani Tamim juga iaitu Pemuda Bani Tamim yang memegang panji-panji
Al-Mahdi, atau ertikata yang lain mempersiapkan perjuangan Imam Mahdi.
Namun
jarang sangat ada orang yang mengaku dirinya sebagai Putera Bani Tamim,
sedangkan yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi sangatlah ramai.
Memang rugi kalau seseorang itu mengaku dirinya sebagai Putera Bani
Tamim, kerana dia mendapat kuasa pemerintahan tetapi tidak dapat
dimilikinya, diserahkannya kepada orang lain iaitu kepada Imam Mahdi.
Pada perkiraan orang ramai dan pemerintah hari ini, orang yang mengaku
dirinya sebagai Putera Bani Tamim adalah orang yang paling bodoh di
dunia ini.
Dari Abdullah bin al-Haris bin Jaz-uz Zabidi RA katanya, Nabi SAW telah bersabda, “akan
ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka
mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahnya.” (Ibnu Majah)
Sangat
jelas dari hadis diatas, Pemuda Bani Tamim atau Putra Bani Tamim inilah
yang bersusah payah dan menanggung segala macam penderitaan yang
berat-berat, namun yang mendapat hasilnya adalah orang lain, iaitu Imam
Mahdi. Dia yang susah payah mendirikan pusat pentadbiran dan
pemerintahan, tiba-tiba yang memerintah adalah orang lain, bukan dia
sendiri. Melakukan tugas yang amat besar dan berat inilah yang tidak
tersanggup oleh sesiapa pun jua, melainkan oleh orang benar-benar
disebutkan sebagai Putera Bani Tamim saja. Hanya dia seorang sajalah
yang sanggup dan mampu berbuat demikian kerana dialah yang disebut oleh
baginda SAW dalam banyak hadisnya.
Dari Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda : “Akan
keluar dari sulbi ini pemuda(Ali) yang memenuhi dunia dengan keadilan
(Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu
mencari Putera Bani Tamim (dari keturunan Abu Bakar), dia datang dari
sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. (dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).
Memang
jika dinilai dari segi lahirnya, begitulah keadaannya dan begitulah
hakikat yang berlaku. Memang telah ditentukan bahawa Putera Bani Tamim
itu adalah orang yang benar-benar pejuang, berjuang untuk orang lain dan
berjuang untuk Islam, tidak ada kepentingan peribadi walau sebesar
sayap nyamuk. Ini dengan mudah dapat difahami oleh kita jika kita
benar-benar menghayati maksud hadis-hadis yang menceritakan tentang diri
beliau.
Kelebihan beliau yang satu ini tidak
mungkin akan dapat dipikul oleh siapa pun, melainkan beliau seorang
saja. Hanya orang yang benar-benar berjuang untuk menaikkan Islam itu ke
tempatnya yang mulia saja yang tidak mengira hasil akhir dari
perjuangannya, baik untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain yang
diyakininya lebih baik daripada dirinya sendiri. Mana ada pejuang Islam
sekarang atau pemimpin dunia hari ini yang mampu berbuat seperti itu?
Bagaimana
hal ini dapat berlaku? Jawabnya, kerana beliau seorang yang amat ikhlas
dalam perjuangannya. Hanya orang yang ikhlas dalam perjuangannya saja
yang mampu berbuat demikian. Lihatlah bagaimana Sayidina Khalid bin
al-Walid RA semasa dilucutkan daripada jawatannya sebagai pemimpin
tertinggi angkatan tentera dan menjadi seorang parajurit atau tentera
biasa saja oleh Sayidina Umar RA. Hatinya langsung tidak berubah dan
perjuangannya tetap kental seperti biasa. Malah dia tetap setia
melakukan kerja Islam, perang bukan setiap hari, tetapi perperangan
melawan hawa nafsu berlaku setiap saat. Beliau telah membuktikan ikhlas
dalam berjuang.
Begitu juga dengan halnya
Putera Bani Tamim ini. Sedangkan gelaran-gelaran lain seperti ikhwan
atau asoib itu adalah tawaran, boleh diberikan kepada sesiapa dan boleh
juga Allah tarik kembali. Beliau berjuang bukan untuk dirinya tapi untuk
Imam Mahdi. Malah keluarganya juga dipersiapkan untuk kedatangan
Pemimpin Ummah tersebut, begitu juga perjuangannya. Pemuda Bani Tamim
ini bukan sahaja persiapkan anak didiknya dalam jemaahnya, malah beliau
mendidik dan mengajar sebahagian daripada mereka yang dipersiapkan untuk
bersama memeriahkan kedatangan Imam Mahdi. Memang telah dijanjikan
Putera Bani Tamim akan membela Ahlul Bait, membela Imam Mahdi. Itulah
perjuangannya, tidak memberikan keuntungan dunia untuknya tapi membawa
keamanan kepada umat Islam. Kerana perjuangannya dan pengorbanannya
hanyalah untuk memperkenalkan Imam Mahdi kepada manusia.


Comments
Post a Comment