SULUK TAJDID IALAH SULUK AKHIR ZAMAN.
https://suaraharamain313.blogspot.com/2014/06/suluk-tajdid-ialah-suluk-akhir-zaman.html
SULUK TAJDID IALAH SULUK AKHIR ZAMAN.
AMALAN BERSULUK ADALAH DA'BUSSOLIHIN.
Jasad,
akal, dan jiwa manusia mendapat semangat dan kekuatan bila manusia
mendapat Tuhan. Kita rasa sangat berpuas hati kerana dapat disegarkan
semula (refresh). Setelah pergi bersuluk di-tempat yang sangat aman,
damai, jauh dari kebisingan kota, tidak diganggu oleh sebarang panggilan
telefon mahupun email kerana kita benar-benar telah 'bertafakur' pada
ciptaan Tuhan dan kita dapat menghayati kebesaran Tuhan.
Jauh
dari suasana kesibukan, hiruk pikuk bandar. Bersuluk ditempat yang
sangat cantik, udaranya segar, kita dapat bertadabur dengan penuh
penghayatan. Melalui suluk kita dapat caj semula tenaga baru, inspirasi
baru, jiwa baru serta semua yang baru iaitu menjadi orang baru untuk
meneruskan kehidupan mengendalikan peranan sebagai hamba dan khalifah
dengan lebih bersemangat.
Suluk dalam bahasa Arab secara harfiahnya bererti menempuh (jalan).
Kata suluk berasal dari perkataan Al-Quran, Fasluki,
dalam Surah An-Nahl,16: ayat 69, Fasluki subula Rabbiki zululan, yang
bermaksud, Dan tempuhlah jalan Tuhan-mu yang telah dimudahkan (bagimu).
Seseorang yang menempuh jalan suluk disebut Salik.
Perkataan sama makna dengan Suluk, iaitu Sabil dan Tariq.
Firman Tuhan tentang Suluk:
ثُمَّ
كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ
مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِّلنَّاسِ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Kemudian
makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau
sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan
dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam
badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi
penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada
yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi
orang-orang yang mahu berfikir. An-Nahli:69.
Firman Tuhan tentang Tariq (jalan):
يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَىٰ طَرِيقٍ مُّسْتَقِيمٍ
...memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam) Al-Ahkaf:30.
Firman Tuhan tentang Sabil:
وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَن
يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ
يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ
اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Dan
sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan
Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang
banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya
dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati
(dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di
sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. An-Nisa:100.
Dalam
kaitannya dengan agama Islam, kata suluk bererti menempuh jalan
(kerohanian) untuk menuju Allah. Menempuh jalan suluk (bersuluk)
mencakupi sebuah bidang disiplin seumur hidup dalam melaksanakan syariat
Islam sekaligus itulah ajaran agama Islam (hakikat). Ber-suluk juga
mencakupi hasrat untuk Mengenal Diri, Memahami, Menghayati sifat-sifat
Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (Ilahiyyah), melalui disiplin
suluk diri seumur hidup dengan melakukan syariat lahiriah sekaligus
syariat batiniah demi mencapai kesucian hati untuk mengenal diri dan
Tuhan.
Para anbiya dan mursalin, juga para
solihin, mereka mengamalkan amalan suluk ini. Dalam amalan suluk
termasuklah beruzlah dan menyendiri atau berkhalwah (khalwat) untuk
mendekat diri kepada Allah Taala.
Suluk ialah
mendapatkan perasaan hamba dan mengumpulkan atau menghimpunkan
sifat-sifat terpuji (mahmudah). Jika suluk atau uzlah tidak melahirkan
sifat terpuji dan melahirkan seorang hamba bertaqwa, itu bukanlah suluk
atau didalam bersuluk bercampur dengan kerosakan.
Abuya
telah perkenalkan suluk tajdid, pembaharuan kaedah bersuluk. Suluk cara
Abuya tidak lagi hanya di tikar sembahyang atau zawiyah terpencil, jauh
dari manusia. Tetapi suluk tajdid ialah dengan bergelanggang
ditengah-tengah masyarakat. Sekaligus berlaku praktikal berjuang dan
terus mendapatkan perasaan hamba atau sifat mahmudah.
Suluk
biasa mengambil masa yang lama untuk menghadirkan rasa-rasa hamba dan
sifat mahmudah. Tetapi suluk tajdid ialah kaedah cepat mendapatkan
perasaan hamba dan sifat mahmudah. Mana tidaknya, bertemu atau
bermasyarakat pasti kita akan menemui pelbagai sifat dan ragam manusia.
Dari suasana yang ada akan mendatangkan 1001 perasaan. Disinilah melatih
pejuang untuk mendapatkan dan mempraktikkan ilmu-ilmu berjuang. Bila
ilmu diamalkan, baru kita tahu betapa jauhnya kita dari iso yang Tuhan
kehendaki. Jika tidak bergelanggang, kita telah menyangka kitalah wali.
Bila
suluk tajdid dipraktikkan, kesannya bukan terhadap empunya diri yang
bersuluk malahan akan memberikan kesan positif kepada kelilingnya.
Itulah tujuan suluk. Melahirkan peribadi yang mulia. Tidak dikatakan
mulia seseorang jika tidak memberi faedah kepada orang lain. Konsep
suluk tajdid Abuya juga sangat bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad
saw, sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia yang
lain.
Jika manusia tidak merasakan kehadiran
kita memberi manfaat atau faedah, ertinya kita belum lagi mendapatkan
sifat-sifat mahmudah. Sifat mahmudah jika diperolehi, manusia akan jatuh
hati. Lebih-lebih lagi kita berada di akhir zaman. Semuanya ingin cepat
dan segera. Maka sesuailah suluk tajdid yang dibawa Abuya ini. Sesiapa
sahaja boleh mengamalkannya. Ertinya, dalam kehidupan seharian amalan
akhirat dan dunia tidak dipisahkan. Amalan akhirat inilah yang akan
memberikan kekuatan untuk amalan bernilai dunia.
Kita
tidak punya masa lagi! Kita sudah terlalu suntuk. Musuh islam terlalu
lama perkotak-katikkan dan merosakkan islam dari dalam. Kita sangat
perlukan kekuatan sesegera mungkin yang dapat membantu kita mengharungi
semua ini sekaligus menjadi penyelamat kepada agama islam kita, bangsa
kita dan negara kita!