Kepentingan Perkongsian Ilmu dan Kepakaran

Alhamdulillah. Tapi, jika kita ada kepintaran dan ilmu, jangan sembunyikan. Itu juga takbur nama nya. Dengan kedekut lagi. Semua kepintaran dan ilmu kita, tidak boleh di bawa mati.

Aku perhatikan, ramai orang, terutama orang Asia, lah, sangat kedekut dengan berkongsi ilmu. Bukan macam orang barat, termasuk Arab lah.

Mereka sangka, ilmu mereka itu betul sudah 100% pasti. Tidak perlu bincang lagi. Sebenarnya, itu lah takbur nama. Mustahil kita boleh pasti yang kita betul.

Bagaimana mahu pasti? Quran ada sebut lagi tapi saintis memang latih pengamal sains dan teknologi pun. Uji. Sebelum di uji, tidak sah. Tiada ujian, tiada iman. Tiada ujian pengetahuan, tidak betul pengetahuan itu.

Jadi, untuk elak jadi takbur, kongsi ilmu dan kepakaran. Kalau betul, boleh di amalkan. Kalau ada kepincangan pun, masih boleh di amalkan, tapi berusaha untuk memperbaikinya lah.

Sewaktu berkongsi, memang ada orang yang memburuk burukkan nya. Dengar komen mereka dan cuba faham. Kalau betul, kita terima. Kalau salah, tolak semua, walaupun sekeliling mu semua orang menganggap kamu bodoh.

Perhatian saja Elon Musk. Pada mula nya semua orang kata dia bodoh. Tidak percaya? Baca lah sejarah nya. Dia mahu pergi kat Mars. Bukan bodoh kah itu? Dia mahu buat kereta elektrik pada hal tiada syarikat kereta baru yang pernah berjaya pun, apa lagi kereta elektrik.

Ramai pengkritik Elon, terutama sekali wartawan wartawannya media utama. Rupa rupanya, mereka semua di beli oleh syarikat petrol.

Jangan sama sekali takut kepada gertakan orang. Takut kepada Allah sahaja. Takullah. Takwah. Takut kepada Allah. Yang penting, first principles dan fakta fakta. Jangan sama sekali termakan ejekan, perlukan, tuduhan tanpa fakta atau sebab.

Ini lah prinsip Elon, tapi dia pun selalu silap lah. Tapi jangan takut. Kalau kita silap dengan tidak sengaja, boleh kita bertaubat. Tapi kalau sengaja buat jahat, apa lagi menipu, tidak akan di maafkan oleh Allah sebab di tulis dengan jelas dalam quran. Penipu pula dalam hadis, tapi maksud sama juga kan.

Comments

Popular posts from this blog

Ir. Hj. Othman Hj. Ahmad Resume

Penyelesaian Masalah Letrik dan Air di Sabah