Percaya 100% Ulama, akan jadi Lembu 7:Al-Araf 179
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. — Abdullah Muhammad Basmeih" Ada hati tetapi tidak mahu faham. Ada mata tidak mahu melihat. Ada telinga, tidak mahu dengar. Tidak perlu perkataan dalam kurungan sebab itu semua ada lah tambahan. Ini di tujukan kepada semua orang. Bukan ulama sahaja sebab semua orang ada hati, mata dan telinga sendiri. Buat apa bergantung kepada ulama sahaja? Adakah kita boleh bergantung kepada ulama atau guru sahaja 100% dengan ayat ini? Sebab itu guna hati dan otak kamu untuk berfikir dan membuat keputusan. Kalau tidak kamu akan menjadi seperti binatang ternak...